CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 11, 2009

kaNak-Kanak dan dunianya =)



Dunia kanak-kanak penuh dengan warna warni dan imaginasi. Kanak-kanak suka bermain dengan sesuatu permainan dan membayangkan bahawa diri mereka berada di tempat itu. Daya imaginasi seorang kanak-kanak amat tinggi. Mereka boleh membayangkan sesuatu yang orang dewasa tidak dapat bayangkan. Segala-galanya bermula dari imaginasi.....

Galakkan imaginasi kanak-kanak dengan belajar melalui permainan. Berikan semangat dan pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak untuk membina imaginasi yang positif. Pembentukkan yang positif akan membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang berkeyakinan.