
Dunia kanak-kanak penuh dengan warna warni dan imaginasi. Kanak-kanak suka bermain dengan sesuatu permainan dan membayangkan bahawa diri mereka berada di tempat itu. Daya imaginasi seorang kanak-kanak amat tinggi. Mereka boleh membayangkan sesuatu yang orang dewasa tidak dapat bayangkan. Segala-galanya bermula dari imaginasi.....
Galakkan imaginasi kanak-kanak dengan belajar melalui permainan. Berikan semangat dan pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak untuk membina imaginasi yang positif. Pembentukkan yang positif akan membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang berkeyakinan.
Sunday, January 11, 2009
kaNak-Kanak dan dunianya =)
Posted by almurni at Sunday, January 11, 2009 0 comments
Saturday, January 10, 2009
bismillahirahmanirrahim.....
KEDEWASAAN
Yang mencerminkan kedewasaan seseorang adalah sikap. Semakin hari semakin kita menyedari pentingnya sesuatu yang disebut sikap. Jadi sikap itu mewarnai cara berfikir kita dan tindakan kita dalam menghadapi hidup ini. Kedewasaan dapat diukur dengan berapa matangnya sikap kita ini dalam menghadapi hidup.
Kedewasaan sangat dipengaruhi oleh pengalaman hidup, jadi orang yang ingin belajar dari hidup ini, dari apa yang dialaminya akan lebih mudah dewasa. Dugaan hidup, kesusahan atau penderitaan itu akan mempercepatkan atau mematangkan seseorang untuk menjadi lebih dewasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa kedewasaan bertunas dari jiwa yang telah mengalami dugaan hidup.
Orang yang dewasa ialah orang yang menghadapi dugaan hidup dan tidak lari dari menghindarinya, tidak cepat menyalahkan orang lain ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya, sentiasa tabah dan sabar kerana tahu bahawa Tuhan mengatur segalanya untuk kebaikan. Orang yang dewasa juga ialah orang yang mampu membebaskan diri dari kepahitan hidup ini. Dengan kata lain orang yang dewasa tidak menyimpan dendam dan tidak merendah-rendahkan kekurangan orang lain, dia melihat fakta apa adanya dan memikul tanggungjawab di atas tindakannya.
"Kita tidak akan pernah tahu...jika kita tidak ingin tahu...bahawa kita tidak tahu...maka carilah tahu, tapi jangan asyik tahu."
Posted by almurni at Saturday, January 10, 2009 0 comments
